Friday 19 November 2010

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan !!!

Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar dan bukti yang dipaparkan cukup ‘buas”
Waaaaaaaa!!! Ko nie memang pandai menghancurkan hari ku yang indah--hari raya yang mulia lagi permai kan -- Hankelsiker?! Baru je nak rasa macam bahagia seketika--bila anda menyebutkan ingin menghentikan kisah ini daripada diterussebarkan. Alhamdulillah ku ucapkan--Namun Tup.Tup--ropa-ropanya itu cumalah sandiwaramu nak jual buku pula. O.Mae.Ghott!! *Entah-entah nie rupanya ko punya tujuan utamakan?!Nak jual buku kan??Kononnya nak menyedarkan pihak tertentu bahwa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong. Licik sungguh hantu dalam dirimu ini Hankelsikers! Saye kagom sungguhlah. Rasa teruja sangat-tak sabar-sabar pula nak baca nukilan Cinta Syyhh Hankelsikers yang buass tue. Meowww~

Sungguh-di pagi Jumaat yang penuh barakah ni--aku doakan semoga Allah turunkanlah hidayah petunjuk kepadamu Hankelsikers supaya sedar akan perbuatan mu ini. Aku pun mungkin tidaklah lebih sempurna daripada mu--apetah lagi bab-bab pengalaman berchenta dengan VVIP ni--lagilah banyak kurangnya daripada ko. Tapi sekurang-kurangnya bila kita dah menjalin perasaan dengan public figure ni haruslah banyak pertimbangan harus dinilai kembali--tak sama jika perihalnya massyarakat kalau dibandingkan dengan kisah cinta kita dengan anak tauke estet batu lima. Lain Boss. Kena faham tu.
Kau story--tunjuk gambar cinta yang "buas" dengan Permaisuri tak sama dampaknya banding videomu yang jauh lebih "buas" dengan anak tauke estet batu lima tu. Benda ni akan dibawa sampai ke penghujung nyawa cicit-- orang akan terus bercerita. Kalau kes anak tauke estet batu lima tu--paling pun orang bercerita sampai bulan lima jah--tu pun kalau video tuh DVDrip lah--kalu tak setakat 3gp gegar kabur sana sini-esok pukul lima habis ofis time pon dorang dah tutup buku ko dah!

Kesimpulannya--Hankel tak payah lah susah-susah nak buat buku tu yea--simpan je sesorang. Lagipun payah. Banyak kos-pertimbangan yang Hankel nak fikir balik. Hankel mesti akan tempah orang untuk tuliskan kan?!--aku tak yakin publisher sanggup nak terbitkan sebuah Cinta Syyhh dengan bahasa hankel yang tunggang langgang tak romantis langsung tu. Brr---Naik bulu roma maks nak bayangkannya. Geli kowt!! 

So, Hankel simpan sesorang--takpun cerita kat anak cucu Hankelsikers  je lah eyh. Bukannya apa--risaulaks nanti tetiba Hankelsikers kena saman sebab ada anak-anak pembaca trauma mental tak boleh nak tidur laks--gara-gara bapak dorang ingat tu buku Bedtime story!
SRi:Adush-Bakpe tetibe jadi peliks sangat laks Era pagi ni?!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)