Saturday, 13 November 2010

Feno.mena:yang:meng.Inspira.kan

Akhirnya, Proton Inspira yang mendapat perhatian cukup meluas telah dilancarkan tiga hari yang lepas-10 November 2010. Pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, bersama-sama dengan penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Mohd. Nazmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Majlis perasmian berlangsung di dewan Pusat Kecemerlangan Proton (Proton’s Centre of Excellence).

Mengkikut cakap-cakap Abang Evo yang dah pergi menjengah menyempatkan diri melakukan lawatan rasmi ke beberapa buah pusat pameran Proton dan telah mengambil beberapa keping foto model Inspira yang dipamerkan - hanya terdapat Proton Inspira 1.8 CVT berwarna hitam dan Proton Inspira 1.8 Manual berwarna putih sahaja yang dipamerkan. Dan agak mengejutkan apabila Proton memberikan tambahan surprise kepada penggunanya dengan menurunkan lagi harga Proton Inspira daripada yang diwar-warkan sebelumnya. 

Berikut ialah senarai harga terbaru yang berkuatkuasa sejak Rabu-hari pembukaannya yang lepas
Harga Proton Inspira (OTR termasuk insuran) -
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Solid) – RM78,549.00
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Metalik) – RM78,999.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Solid) – RM84,549.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Metalik) – RM84,999.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM91,549.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM91,999.00

Setakat post ini ditulis, Proton Inspira telah menerima tempahan melebihi 2,000 unit dan semakin bertambah, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah tempahan untuk model Inspira 2.0 CVT Premium. Tahniah diucapkan kepada Proton. Inspira adalah fenomena terbaru dari Proton.
SRi:Tengah ready nak layan Live Timing Qualifying Abu Dhabi GP--sapa nak tambah kecoh-g laa dekat my FB japgi

6 comments:

  1. waaaa..apsal ttbe org rase cm smart laks Inspira neh..houh!!tukar ngan pinky laa

    ReplyDelete
  2. inspira mmg smart pon zana..sesuai laa ngan harga diek..nmpak elegant gile!!!

    p/s :: bile laaa muhd anip nk beli??nk merase gak nek inspira nih..kueng3

    ReplyDelete
  3. houh!setuju sesangat lah aku weyh zana euyy.. tukar! tukarr!! bru laks rugged skets nak g genting lagik pasnie.. vroooommm~vroooooooommmmmm!!

    houh.ko nak tunggu aku--bjanggots lerk jawabnye cik tora euyy. aku nak tunggu WWW r sbnarnye. harap2 time tu ada lah duit nk beli no plate tuh.hahaha
    *btw--aku ada lg 1 kette yg tgh mnangkap minda skunk ni.honda hybrid punya.nnti bbila masa aku post kt cnie eyh!!

    p/s:zana.btol kew anggaran kawen memang byk cam dlm blog ko tuh??xkan aku haruss memilih antara ketta ngan kawenn kots pasneyh??!matti laa x kawen aku nnti.hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha..tp sy syg la pinky tuh,kite beli lg satu je r..toksah r jual pinky tu (budget cam nak g beli ikan sekilo kat pasar kajang jek.hahahaha)

    Jap2,anggaran kawen tu bukan sy y buat..tp sy dah review all da item needed,price y dibuat on each item tu cam logik jek..but i'm not check in term of calculation..hahahaa!!laaa..kan aritu kamo ckp nak kawen kat mesjid jek..tayah la buat menatang tu seme..=P

    tora: otw dr temerloh - KL td..i nampak lotus kuning idaman kalbu ko atas lori..delivery kowt..hiihiii

    ReplyDelete
  5. yeay2!!nk g genting dgn inspira...hehe
    ~** habeh tu??xkn ko nk tggu aku yg beli??msT laaa xmgkin kn??aku kene smpan duit beli Lotus Elise..ngaaaa~** mcm tau jek honda hybrid tu...weyh!!yg tu lg vougy d vast!!
    ~** klu ikot gaye org kawen laa ni mmg b'golok b'gadai laaa...bek kawen cm org dlu2..plg bnyk habeh rm2K jek..bahgia jek smpai skang...hehe-->>mnguatkn lg keinginan aku nk pg pnoh kn ilmu d dada..

    zana::. Oooh??delivery ke aku ke??xsmpai2 pon ag..isk3 -->> jgn slhkn aku klu pas blaja ni aku lg bz dr ko...smate2 nk beli lotus..ahaaks2

    ReplyDelete
  6. hahhahha.tapi ko hewngats senang kew nak cari yang sehoppen minded camtue?!nanti mesti dorang buat hallassan--inie acara-sekali seumur hidup juga abang---takkanlah xnak buat speseel membazers skets kowt habbangss?!plissshhh..
    *kalu laki-x kessah!sebab nie belum tentu laie satu2nya majlis sedemikian yang bakal beliau hadiri! lariiiiiiiikkk.. hahahaha
    **x sabar-sabar aku nak tumpang tunjai ko punye heliss nanti!WHOA~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)