Di suasana pagi yang indah-di kala mak aku ngah bermimpikan anak dia tengah sembahyang Dhuha--yang memang waktu ni jujur aku tak buat lagi--sebab dari tadi duk bizi depan leppie baca berita mancanegara--aku pun melahap koko crunch dengan enaknya.
Jap, sebelum aku masuk topik sebenar--kenapa perlu manusia sematang aku harus didiskriminasikan gara-gara bersarapan dengan lapan mangkuk Coco Crunch? Apa Coco Crunch tu dia ada tulis dekat kotak kata hanya sesuai untuk budak sekolah darjah satu ke bawah ke? Takda kan! Ada lambang haram? Halal. Makanya, apalah masalahnya aku nak telan coco crunch pon korang duk buat bising euuww..euuww ni?! Hish, tak paham betul lah aku. Takkanlah tetiap pagi aku nak pergi tebas pokok pisang nak buat nasi lemak kot. Rajin sangat tu nampaknya. Coco crunch tu tersangat amatlah berkhasiat--siap men susu-susu lagi. Yang korang duk bising ni-korang sarapan tak pagi ni? Hish--makan salah, tak makan lagilah salah. Tensen mak taw camni noks!!hahahaha *Giloss.Pagi-pagi lagi dah meroyan cam orang menopos*
Alhamdulillah. Sedap pula sarapan aku pagi ni. Lemak berkrim disukai ramai lagi. Pandai aku buat. Boleh masuk bursa saham kalau aku buat restoran lepas ni. Boleh buat menara kalah kan Al-burj. Korang yang jenis gatal nak berdiet tu--pergi cari brekfes. sekarang Penting tu nyah oooui brekfes--dia cam semayang Subuh lah--kalau pagi-pagi pon ko keluar gi kerja, sekolah tak sembahyang-macamana nak berkat-nak bersemangat. Tu lah yang makin lama makin rasa malas--sebab makan gaji tak berkat-tak amanah pada yang pemberi rezeki. Macamana Tuhan nak sayang..?
Di pagi yang damai ni--tetiba rasa rindu nak naik Putra pula "Next station-Damai, Stesen berikutnya-Damai"-- macam biasalah kan-lepas kita dah menjengah ayat-ayat suci kalamullah-haruslah kita ketahui juga apa yang berlaku di bumi ciptaannya-barulah boleh jadi khalifah amirul mukminin! Betul tak adik-adik?! Betul Abang Hanep.. WOHA!
Dah.dah. Melalut banyak sangat pula dah. Aku pagi ni nak sentuh sikit tentang tajuk-tajuk kontroversi di media surat khabar arus perdana; 'Sudah tiba Anwar bersara'. Macam biasa-aku memang tak lah berapa masalah sangat dengan tajuk dan apa yang dikeutarakan tu-sebab memang ada benarnya. Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian--topik ni adalah buah hikmah daripada blog Dr Asri, Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru. Kalau korang tanya aku-adalah lebih baik korang pergi klik saja link Dr Asri tu sebab adab berilmu ni bila dah ada banyak sumber-lebih baiklah kita merujuk langsung terus kepada tuan guru asal muasalnya. Barulah berkah terjamin ilmu yang dipelajari tu.
Namun begitu-bukanlah berkisahkan tajuk yang dikeutarakan oleh media-media perdana negara ni yang hendak dipersoalkan-tetapi di manakah etika kewartawanan sebuah akhbar yang harusnya neutral tapi dilihat lebih kepada memihak ke satu pihak sahaja. Kenapa harus cuma artikel Dr Asri yang satu ini sahaja yang harus disensasikan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kenapa tidak yang lain--sedangkan banyak perihal bijak yang beliau sentuh-tak dihebahkan kepada masyarakat termasuklah isu "Festival Fesyen Islam" yang kecoh baru-baru ini. Bila perkara tersebut menguntungkan kerajaan-terus Pap! Tersebar luas jadi berita utama. Tapi bila hal-hal yang menyentuh kesensitifan-adab beragama-simpan dalam-dalam nak dekat dengan bahagian iklan yang memang orang skip tak tengok pun selama ni.
Sayang seribu kali sayang apabila peranan akhbar utama negara yang harusnya memperjuangkan bangsa terus diperkotak-katikkan bagai boneka untuk kepentingan peribadi. Bukan kali pertama hal sebegini berlaku-bahkan sejak berabad lama dah dari generasi sampai ke generasi rakyat dipermainkan mindanya terus-terusan.
Kalau memang sah-sah terpampang dekat depan Berita Harian dan Utusan kata Hanya untuk ahli BN sahaja macam Harakah-tak mengapalah dia nak buat berita berat sebelah macam ni-sebab aku memang agak pasti walaupun aku memang dah lama tak baca Harakah yang fizikal maupun online; memang sah-sah lah tak keluar kot artikel Dr Asri ni dekat akhbar dorang-tapi masalahnya kedua-dua akhbar ini untuk umum dan menjadi pedoman panutan semua lapisan rakyat untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam dan luar negara khususnya -sebab kekadang dorang ada juga cerita tentang peristiwa di luar angkasa lepas, makhluk asing ke apa dia kan-so,yang tu umumnyalah yang dunia ni khususnya.
Tapi itulah-bagi aku yang boleh kata setiap hari makanan ruji-sarapan pagi dengan baca berita di dua portal ni-berasa terkilan sangat bila makin lama makin berat sebelah. Tak syok laa camtu kawan. Yang betul tu-betullah. Yang tak betul pun kenalah sentuh juga. Janganlah simpan dalam sorang-sorang. Jangan sampai satu ketika nanti orang melayu semua jadi bangang pergi boikot BH ngan Utusan pastu pergi beli Tamil Nisan yang sah-sah satu patah habuk pun dorang tak paham konon-kononnya nak dapatkan berita yang benar adil dan seksama. Tu dah terlampau melampau bangang sangat dah tu namanya. Sebab aku taw ada ja atuk nenek yang pergi tibai The Star ngan NST-tapi haram sepatah habuk pun tak paham-berlagak ja lebih.
Sama juga dengan TV3--aku taw dah ramai mula meluat dengan berita TV3 sekarang ni dan aku rasa dah banyak mula berubah cita rasa ke saluran berita Astro pula sebab dorang siarkan berita daripada kedua-dua pihak. Bukannya aku tak pernah tengok dekat Astro punyalah orang PR jelaskan panjang lebar-dekat TV3 putt seciput saja dia cerita dan ulasan sang pembaca berita pun tak kena-bahkan makin mengkontroversikan. Sayang bila media yang harusnya jadi sumber kepercayaan rakyat pun dah senang hati gi main dalam lubang najis kekotoran politik.
Aku tak berapa nak mahu sentuh tentang Anwar sebab aku pun dah tumpang meluat dengan drama swasta semua ni. Dah tak larat nak dengar layan kerenah sesapa. Semuanya lebih kurang sama saja. Tapi papehal pun dalam ramai-ramai seriusly aku sangat nak termuntah dengan Rosmah. Sorrylah eyh Kak Mah--anda sama saja dengan Kak Pah yang tak habis-habis meloyakkan tekak Boelan Poernama ni. Blweekk!
SRi:Semoga mangsa-mangsa di Wasior, Jogja, Sumbar, Kedah, Perlis, Kelantan ngan Terengganu dirahmati, diberikan kekuatan yang super dasat oleh Allah SWT untuk menghadapi segala ujian daripadaNya. aamein~
SRi:Semoga mangsa-mangsa di Wasior, Jogja, Sumbar, Kedah, Perlis, Kelantan ngan Terengganu dirahmati, diberikan kekuatan yang super dasat oleh Allah SWT untuk menghadapi segala ujian daripadaNya. aamein~
Sape yg diskriminasi mkn coco crunch 8 mgkok tu??blg dia dgn mgkok coco crunch..dia xtau kaa tu nekmat??(marah tol aku sbb pnah keji mkn cereal+susu)tp I prefer cornflakes or cookie crisp!!~**Ooouh ceeedap nye...
ReplyDelete~**media mmg berat sebelah..maleh nk bc soqkabaq n tgk brita lg dh..mai tang politik tukaq channel..errrgghh!!grosssss
houh.nabi x ajar macam tu!WOHA
ReplyDeleteish.jangan lah sampai macam tu sekali. surat khabar masih relevan untuk ditelaah dibaca. berita pun masih harus ditonton. malulah kita jika kita tak peka dengan perkembangan semasa.takkan nak guna brodband unlimited tu semata-mata untuk hiburan sahaja.tak sesuai khalleeyy... X)
Nabi mmg xpnah ajar cm2...
ReplyDelete~** mana da kata xbaca lgsong..haishyy!!bnyk beza tu..mmg malu laaa klu xtau p'kmbangan donia sndiri..Haip!!bb unlimited kasi perlahan sket sobut..
dunia dunia jga--akherat jgn lupa!WOHA
ReplyDeleteInsyaallah akherat x d lupekan...
ReplyDeleteTq 4 d reminder...^_^
aameein.reminder for me tooo X)
ReplyDelete