Monday, 15 November 2010

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan!

Sebelum turun gi sekolah-tuto petang tadi--sempat menyempatlah aku buka blog wajib[takda lah wajib mana sangat-berapa hari dah tak bukak sebenarnya] Beautifulnara.
Kenapa Beautifulnara?
Sebab dia bessstttt!
Sebab apa dia besssst??
Sebab dia selalu hupdate tak macam OhBulan--dia kemas--tak banyak iklan dan intisari rancangan cam Budiey--pastu dia..*STOP!nanti kena gam Gay!*
Jap!Kembali kepada topik perbicaraan--aku memang jarang bincang tentang gossip-gossip sekarang ni. Tapi bila dah tiba ke kisah yang  RARE-terutamanya melibatkan Kerabat di Raja Melayu yang dihormati-mau le jugak berkongsi dekat sini.
Masih ingat dengan Siti Aishah--wanita comel lottey bertudung bekas permaisuri Agong-Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Nak dijadikan cerita; rupa-rupanya beliau dah lama memendam cinta dengan Uncleseekers! Hallah--uncle yang bajet cambest gilaks nak mati--rambut panjang yang paranormal activity tu. Ada dulu dekat ntv7. Tak tahulah kalau sekarang pun ada lagi--aku balik aritu tak tengok tv sangatlah pula. Bagi yang dah tak sabar-sabar; sebab aku pun tak tahu berapa panjang aku bakal meraban ni--korang gi check sendiri pengakuan ekslusif Uncleseeker bersama cinta syyyyhh nya.Siap sampai part 6 lagi! Click ere; Cinta Syyyyhh 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.
Aku takda masalah mana pun mamat yang bajet cambest ni nak bercinta dengan sesapa pun--even dengan Permaisuri Ratu Dunia memana pun--bercintalah-lantak-sikit pun gua tak kisah! Jangan dengan bini orang sudah. Haram tuh!! Sebab cinta memang tak kenal rupa pun. Kalau korang pergi rumah orang kawin pun--mesti korang banyak perasan--pengantin perempuan humangaih~Cantiknyaa.. Bila masuk pengantin lelaki dia..Mm,jum lah kita sambung makan balik.Ngaaa~ Well, itulah namanya cinta. So, kepada bloggers--tak payahlah korang duk kutok muke Uncle tu yang cam hantu ke, buruh kontrek tak siap ke ape--tak baik. 

Wanita ni bukannya macam lelaki--pandang fizikal saja memanjang--dorang mulia; tengok kenal hati budi baik ke tak. And of courselah--kalau handsome-pandai main guitar-tough-->bonus lah tu! But still--hati budi come first, their priority. Sebab tu girlfriend korang tak kesah mana sangat pun even secara technically physicallynya korang memang hancus!
Tapi yang bikin gua kisah-SATU; masalah aurat dan gambar-gambar yang tak sedap mata memandang. Kita selama ni dihamburkan dengan imej Permaisuri Siti Aishah yang cantik manis bertudung. Tapi tetiba-negara dikecohkan dengan pendedahan beliau yang cuma berbaju kelawar duk bermesra sakan. Astagfirullahalazeim. Serius tak sesuai bro. Aku memang hangin bila ada memana blog yang tunjuk balik gambar-gambar seksi-bertogelan kepala-bergedik-gedikan kat kelab-memana selebriti yang dah bertaubat tutup aurat. Ingat senang ke dorang nak dapat hidayah? Ni-tup tupp Siti Aishah yang orang tak pernah tengok rambut-lengan dia-ko buat macam ni. Serius-aku memang betul-betul kecewa dengan keprofesionalisme anda berjurnalis.

DUA-ko bercerita tentang agama--junjung Quran, kebenaran-to seek the truth bagai-tapi dalam post yang sama ko tunjuk ko peluk yang bukan muhrim. Gila apa! Tak takut ke kena laknat ngan Tuhan nanti. Memang mungkin lah apa yang ko cerita cerita tu semua betul. Tapi dalam masa yang sama-fikirlah dengan kewarasan norma manusia boss. Ini halal haram pun tak boleh nak beza--dalam masa yang sama duk bagi ceramah ngalahkan Tok Guru pula. 

Aku pun sedar--kekadang aku buat post yang terlampau duniawi-tak macam geng-geng serumah aku yang penuh jiwa Islami-tapi aku tak pernah mencampur adukkan daging babi ngan lembu sekali-gi buat bakso kasi telan Cina Muslim nue. Walaupun cara aku pun tak lah betul--gua sedar-berdosa kot aku tunjukkan dekat korang gambar Twinkle Khanna tak pakai tudung tu-tapi lu pun dah besar-ada otak--bukannya blogger baru, siap 200 lagi follower-pepandailah fikir mana yang tepat

TIGA-Aku memang tak hormat pada orang yang tak pandai hormat-kutuk orang tua-terutamanya bakal mertua. Gila tak berkat hidup. Aku hangin kott tengok iklan dekat GlobalTV yang nak promote Vision Comedy yang ntah hapa-hapa tuh! Even kalau betul dia pencacai najis sekalipun--kita sebagai orang yang lebih muda mestilah menghormati dan menyayangi yang lebih tua. Mereka sama seperti kita-tak sempurna-apatah lagi bila melibatkan hal-hal teknologi ni-makanya,sebagai anak yang tahu akan hal tersebut-ajarlah pelan-pelan. Jangan duk main herdik. Ni ajar pun tak habis--nak marah saja. 
Well, aku memang pernah dengar cerita--ayahanda Siti Aishah ni memanglah agak something sikit. Waktu dia masih bergelar isteri yang sah kepada Sultan Sallehuddin pun memang banyak khabar angin yang tak sedap aku dengar tentang Dato Seri Abdul Rahman ni. Tapi bemadahlah berkata-kata walaupun kita tak sebulu dengannya. Jangan main sebat macam kau cakap ngan Jebat. Ni bahasa-humangaih serius takda sopan santun tanda hormat langsung dah. Makin bertambah kecewa aku. Kalau betullah ko kahwin dengan Siti Aishah tu--tak lama punya. Tak berkat weyh!

Jap gi--aku sambung lagi. Serius aku memang tengah panassss sekarang ni! Selamat berbuka puasa bagi sesapa yang puasa hari ni!Jangan lupa--esok 9 Zulhijjah--Yukk kita puasa ramai-ramai!!
Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores