Tuesday, 23 November 2010

Gaji PM.TPM

[Bernama] KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Macam brother Cacamarba cakap--Yang tidak rasmi jangan tanya!! 

Mana tak nya--gaji 22 ribu nak buat apa ja lah?! Baju saja pun dah berpuluh-puluh ribu. Sabun yang paling koman duk gosok-gosok badan dalam bilik air tu pun sekali picit silap-silap beribu juga. Hurm--sendiri maw fikirlah mana yang benar-mana yang logik. Gua sendiri pun belum tentu puas hati jika cuma 22 ribu jah sebulan gaji. Bini selera besar kowt weyh!
SRi:Kena berjimat bulan ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores