Monday 8 November 2010

Seputar Brazil GP

Sepertinya kita terpaksa harus menunggu Abu Dhabi GP untuk mengetahui siapa yang akan menjuarai Driver's Championship setelah Red Bull mencetak kemenangan 1-2 di Brazil,semalam-- memaksa Fernando Alonso sang pemimpin kejohanan berpuas hati dengan tempat ketiga. Dalam kata lain- terpaksa turut serta pada pertempuran perlumbaan seterusnya. Kemenangan 1-2 dipimpin oleh Sebastian Vettel selepas mereka bermula di belakang Williams--Nico Hulkenberg telah mengamankan 2010 Constructor Championship menjadi milik Red Bull.

Baik Lewis Hamilton dan Jenson Button dari McLaren yang selesai pada tempat keempat dan kelima masing-masing, secara rasmi meletakkan mereka terkeluar daripada Perselisihan Driver's Championship. Mercedes driver line up mengekori mereka dari belakang dengan selesai tempat keenam --Nico Rosberg, di depan Michael Schumacher. Pemandu yang memulakan perlumbaan dari posisi pole, Nico Hulkenberg pula berpuas hati di tempat kelapan di depan Robert Kubica Renault dan BMW Sauber Kamui Kobayashi.
Pasukan Lotus Racing mencapai keputusan yang agak memuaskan hari ini -- Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli selesai di kedudukan 18 dan 19 di depan Virgin Racing dan Hispania. Hanya satu kereta sahaja yang gagal menamatkan perlumbaan -- Force India; Vitantonio Liuzzi setelah mengalami kemalangan yang memaksa Safety Car keluar pada Lap 51.

Berbeza dengan sesi kelayakan, trek semalam kering dan seperti yang dah dijangkakan, Hulkenberg kehilangan Pole Position kepada Vettel sebelum mereka mendekati Turn 1 pada pusingan pembukaan. Webber pun apa lagi--kesempatan sudah di depan mata. Terus Ngap sajalah. Sementara itu Alonso terpaksa mengambil beberapa lap untuk memotong Hulkenberg dan beberapa lap kemudian Hamilton pula melakukan langkah yang sama ke atas Hulkenberg seterusnya mengambil alih tempat keempat.
Di depan -- Red Bulls memang banyak mencipta kelompok mereka sendiri menjauh daripada Alonso. Namun sampai ketika Putaran ke-51 ketika Liuzzi melebar dan menghantam pembahagi jalan selepas Turn 1 dan Safety Car deployed-menggoyahkan sedikit kelebihan kerjasama ini kerana pemandu yang sudah ketinggalan jauh kembali merapatkan kedudukan di belakang Safety Car. Nak dijadikan cerita-bila dah nak restart-terdapat jarak yang agak luas antara Vettel, Webber dan Alonso dan seterusnya kembali memberikan peluang kepada Vettel untuk menjauhkan diri semula daripada pesaingnya terutama Sang Jago Merah- Fernando Alonso.
 
Perhatian Formula 1 kini akan beralih ke Abu Dhabi hujung minggu ini dengan 2010 Driver's Championship menjadi rebutan. Empat pemandu yang secara logika matematikanya akan terus bertarung untuk menjadi Juara 2010 - Alonso, Webber,Vettel dan Hamilton. Namun dengan kedudukan mata Hamilton yang agak terlalu jauh menjadikan perburuan kali ini lebih realistik hanya buat tiga pemandu di atasnya.

 
Setelah keputusan hari ini, Alonso masih memimpin dengan 246 mata dengan Webber dan Vettel di 238 dan 231 mata. Hamilton 222.
Be sure to catch the season finale, see you then!

8 comments:

  1. thanx 4 d entry nya...
    I was fainted 4 the whole day...
    arini laak cik rahim wat hal (ni pon tgh skt lg..pakse diri untok bgn)
    Mcm Alonso jek bakal m'juarai musim ni..uhuh

    ReplyDelete
  2. no nooo..i dun tink so.maybe webber is more deserve for it.but still aku harapkan vettel will b 2010 Champion!WOHA

    ReplyDelete
  3. well..jez wait n c..
    still early to say who's gonna win...
    len laaa klu aku yg b'tanding...
    dh conpem2 aku kate.."I'm gonna b the 2010 champion" ngeeeee~**

    ReplyDelete
  4. early kebendanye tnggal 5 hari jek lagik!! pastuu Khalasss laa..hahahhaha

    X)

    *Vettel!!!Dun break my hearty...haha

    ReplyDelete
  5. Laa baksa..aiwah..
    5 days tu still cn b consider early laaa...
    bkn nye jap ag nk race pon..
    pffftttt!!! =P

    ~** ske kn b'tukar2 pasangan??kejap webber..kejap vettel..isk3 (smbil hangguk2 kn pale)

    ReplyDelete
  6. haih..yg penting redbull~tpi aku memang lagi suke vettle r..cz vettel pernah jd pemandu BMW Sauber Petronas dulu--time Kubica accident tu..saye kan patriotik orangnya.hahahha terime kasih X)

    ReplyDelete
  7. patriotik ke???
    tggu aku p join F1..
    hg kene sokong aku jek...
    ngerT??

    ~** tu kn die gnT kejap jek...

    ReplyDelete
  8. houh.mestilah!!kalu bukan aku--sape je laa lagiks yang sanggop nak sokong kow kan tora?! larrrriikk. haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)